WANITA JUMPA MAYAT BAYI BERULAT

SATU mayat seorang bayi yang cukup sifat ditemui orang awam dengan keadaan sudah berulat di sebuah kawasan semak di tepi jalan di Kampung Dato Syed Nahar, Kuah, pada jam 9 pagi tadi.

Mayat ditemui di dalam plastik sampah bewarna hitam.

Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan tentang penemuan objek berkenaan.

“Mengikut keterangan, wanita itu memaklumkan telah menyedari bungkusan plastik tersebut di tepi jalan sejak tiga atau empat hari lepas.

“Dia tidak menghiraukannya kerana menyangkakan ia hanyalah berisi sampah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selepas beberapa hari wanita itu berasa curiga apabila terhidu bau busuk yang datang daripada bungkusan plastik berkenaan sebelum membukanya.

Menurut Mohd. Iqbal, jantina dan umur bayi tersebut tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat yang dipenuhi ulat.

“Tiada dokumen lain ditemukan di lokasi kejadian dan mayat bayi akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi. –

error0