WALAU TERIMA KRITIKAN DUNIA, BRUNEI TEKAD LAKSANA UNDANG-UNDANG ISLAM

TINDAKAN Brunei memperkenal dan melaksana undang-undang Islam terhadap rakyatnya, termasuk hukuman rejam sampai mati mengundang pelbagai kontroversi dari seluruh dunia.

Berkuatkuasa semalam (3 April 2019), Brunei mempertahankan dasar hukuman berkenaan sebagai usaha membanteras jenayah, mendidik, menghormati dan melindungi semua hak secara sah dari individu, masyarakat dan warganegara tanpa mengira agama dan bangsa.

Peruntukan undang-undang Islam itu termasuklah rejam bagi kesalahan zina dan homoseksual, dan hukuman mati termasuk membaling dan kecurian dengan memotong anggota badan.

Untuk rekod Brunei yang diperintah oleh Sultan Hassanal Bolkiah mula memperkenalkan undang-undang Islam secara berperingkat sejak 2004.

Ini menjadikan Brunei sebagai negara di Asia Tenggara dan Timur yang pertama yang melaksanakan undang-undang Islam di peringkat kebangsaan.