(VIDEO) KALAU LAMBAT DUA SAAT, MUNGKIN SUDAH KENA TETAK!

SEORANG lelaki bernasib baik selepas terselamat daripada menjadi mangsa samun oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang di kediamannya di Taman Bukit Kuchai, Puchong, petang semalam.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumahnya, Redzuan Harun, 56, bertindak pantas memasuki rumahnya selain anaknya, Hazran Adli yang menahan pintu utama dengan badannya dan segera mengunci pintu dari bahagian dalam.

Hazran memberitahu dia menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku apabila mendengar jeritan bapanya dari luar.

“Kejadian berlaku amat pantas, tempoh dalam dua saat macam tu untuk ayah selamatkan diri daripada kena tetak. Masa tu ayah dekat luar buka pagar sebab nak alihkan kereta.

“Ayah terdengar bunyi motorsikal tapi bila dia pusing je masa tu, ayah terus lari masuk ke dalam rumah dan sempat tanggalkan selipar. Ayah jerit ‘perompak… perompak,” katanya seperti memetik laporan mStar.

Perompak berkenaan sempat menendang pintu utama sebanyak tiga kali, memecahkan cermin rumah di sebelah pintu dan memancitkan tayar kereta mangsa yang diparkir di luar.

Hazlan sekeluarga turut berasa lega kumpulan perompak berkenaan tidak menuju ke bahagian belakang rumah mereka kerana pintu tidak berkunci dan dalam masa yang sama anak buahnya yang berusia dua tahun berada di situ.

error0