(VIDEO) GUNA BILIK SALIN LAMPIN UNTUK MANDIKAN ANJING

TULAR di media sosial perbuatan seorang wanita menyalahgunakan kemudahan dengan sedang memandikan seekor anak anjing di bilik salin lampin di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah.

R&R Tapah.. Toilet wanita.. boleh nampak kat ctu BILIK LAMPIN ‼️ bukan rakam saja.dah tegur dah sound.even cleaner tu pn dh halang dr awal. so stupid la.

Posted by Farah Shafiza on Jumaat, 8 Februari 2019
Video Daripada FB Farah Shafiza

Kejadian itu disedari seorang pengguna, Farah Shafiz Che Amat, 29, yang singgah di R&R berkenaan pada jam 3 pagi sebelum meneruskan perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Farah turut merakam perbuatan wanita berkenaan dan telah menegur namun tidak diendahkan.

“R&R Tapah. Tandas wanita… boleh nampak kat situ BILIK LAMPIN! Bukan rakan saja. Dah tegur malah ‘cleaner’ (pekerja pembersihan) tu pun dihalang dari awal.

“Dah tegur beberapa kali tapi tidak dipedulikan. Tidak kisah haiwan apa sekalipun, tetapi setiap pengguna R&R perlu menghormati pengunjung lain dan menjaga kebersihan.

“Kalau betul terdesak nak mandikan atau haiwan kotor mahupun membuang najib, boleh saja menggunakan air botol minuman seperti mineral di kawasan lebih sesuai sebagai alternative,” katanya memetik laporan mStar.

Tegas Farah lagi, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan wanita berkenaan perlu sedar akan kegunaan bilik salin lampin itu di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak, apatah lagi mereka terdedah kepada alahan dan jangkitan jika kemudahan yang sedia ada kotor atau berada dalam keadaan yang tidak elok.

Sementara itu, laporan Farah terhadap Plus Malaysia Berhad, selaku pengendali R&R berkenaan mendapat respon segera dimana mereka menjalankan proses samak pada hari yang sama dan menasihatkan pengguna agar menjaga keharmonian bersama.

error0