(VIDEO) EKSPEDISI UNIK BERSAMA ANJING UNTUK KUTIP SAMPAH

ATAS rasa tanggungjawab ke atas alam sekitar, seorang lelaki bersama seekor anjing peliharaannya mengembara dengan berjalan kaki lebih dari 11,250 kilometer hanya untuk mengutip sampah yang ditinggalkan para pengunjung di sepanjang persisiran pantai Britain.

Aktiviti ini dijalankan oleh Wayne Dixon, 47, sejak tiga tahun lalu.

Dixon dan anjingnya bernama Koda, berjalan di pantai setiap hari dengan membersih dan menjaga alam sekitar serta mengisi pulihan beg yang dipenuhi dengan sampah.

Mereka bermula di perkampungan Knot Ed ke Kinlochleven, di barat Scotland pada 2016. Pada November tahun yang sama mereka ‘berehat’ sementara kerana cuaca buruk. Ekspedisi mereka bersambung semula pada awal tahun 2017 ke bandar Formby, Merseyside dan sekitar Wales, Devon dan Cornwall sehingga di pantai Kadal pada Disember tahun sama.

error0