(VIDEO) DI INDONESIA, PASANGAN PENGANTIN PILIH CENDOL SEBAGAI MAS KAHWIN

PELIK tapi benar. Itulah yang terjadi di majlis pernikahan satu pasanhan pengantin di Indonesia apabila menjadikan segelas cendol sebagai mas kahwin mereka!

Satu video dengan durasi seminit itu menjadi tular di laman sosial, memaparkan pengantin perempuan itu diwalikan oleh bapanya dan menyatakan bahawa segelas cendol dan surah Al-Ikhlas sebagai mas kahwin pernikahan mereka.

“Dengan mas kahwin segelas cendol sah.”

Sejurus selesai akad nikah, pengantin lelaki menyerahkan segelas cendol kepada pengantin perempuan.

Sebagai tanda terima akad, pengantin perempuan itu segera meminum cendol dan mendapat tepukan daripada ahli keluarga dan sahabat yang hadir di majlis mereka yang serba sederhana itu.

Bukan itu sahaja pengantin lelaki itu juga menunggang sebuah motorsikal yang telah diubahsuai dengan kelengkapan menjual cendol dan menuju ke rumah isterinya.

error0