remaja bergaduh

(VIDEO) BEKAS TUNANG JADI PUNCA DUA LELAKI DIBELASAH

SEORANG penuntut lelaki berusia 19 tahun cedera dibelah sekumpulan 12 lelaki dalam satu kejadian di hadapan restoran makanans egera di Sungai isap, Kuantan, pagi semalam.

Turut cedera dalam kejadian itu adalah seorang lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusuf Ali berkata, pergaduhan pada kira-kira pukul 1 pagi itu berpunca akibat salah faham melibatkan seorang perempuan yang merupakan bekas tunang mangsa.

“Beberapa jam sebelum kejadian itu, mangsa dihubungi oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai bapa saudara kepada bekas tunang mangsa dan dia ingin berjumpa dengan mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dimaklumkan mangsa dan rakannya menunggu di dalam sebuah kereta di kawasan parkir restoran berkenaan.

Mereka kemudiannya didatangi kira-kira 12 lelaki yang menaiki tiga buah kereta.

Seorang lelaki datang ke arah mangsa sebelum mangsa memperkenalkan diri di terus ditumbuk di muka dan dibelasah.

“Kumpulan suspek terbabit terus menyerang dan memukul mangsa serta rakannya sebelum dileraikan oleh orang awam,” tambah beliau.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, polis menahan enam penganggur berusia 19 hingga 20 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Mohd. Noor menambah, ujian saringan air kencing semasa awal siasatan mendapati keenam-enam suspek tidak menagih dadah.

Beliau menambah, polis sedang mengesan beberapa lagi suspek lain yang terlibat dalam kejadian tersebut.

error0
Tweet 20