(VIDEO) BEKAS KEKASIH MUNCUL DI MAJLIS PERKAHWINAN SIAP PAKAI GAUN PENGANTIN, MERAYU MOHON MAAF

TULAR di media sosial pada ketika ini adalah adegan seorang wanita muncul di sebuah majlis perkahwinan dengan memakai gaun pengantin, merayu kepada pengantin lelaki untuk kembali semula kepadanya.

Ketika kejadian, pasangan pengantin dari China itu sedang berada di pentas dan si pengantin lelaki sedang bersedia untuk mencium pengantin perempuan.

Secara tiba-tiba, seorang wanita naik, dipercayai bekas teman wanita pengantin lelaki, naik ke pentas dan menarik tangan lelaki berkenaan dan merayu supaya dirinya dimaafkan.

Keadaan menjadi kecoh sehingga pengacara majlis secara sportan memberitahu kepada tetamu bahawa ‘kita semua sedang berhadapan dengan satu keadaan yang tidak dijangka… mungkin ini adalah antara realiti kehidupan cinta…”.

Berang dengan kejadian yang tidak diduga itu, pengantin perempuan segera meninggalkan pentas manakala pengantin lelaki mengejar pasangannya.

Ramai mengkritik tindakan bekas kekasih pengantin lelaki itu di media sosial selepas video berkenaan tular.

error0
Tweet 20