(VIDEO) APABILA ANAK ALIFF SYUKRI BERCERITA, 1 MANUSIA ADA 999 YAKJUJ DAN MAKJUJ…

MENJADI tanggungjawab setiap ibu bapa membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan membekalkan ilmu pendidikan untuk masa depan mereka yang cemerlang. Ada ibu bapa yang tidak pernah merasa jejak masuk ke universiti atau hanya berpendidikan rendah akan sedaya upaya ‘menebus’ kekurangan’ mereka untuk anak-anak.

Bukan hanya pendidikan akademik, ilmu agama juga perlu menjadi teras penting buat anak-anak zaman sekarang.

Siapa tidak kenal pasangan suami isteri yang berjaya dalam perniagaan produk kesihatan D’Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida? Mereka sering memuatnaik aktiviti bersama anak dan perkembangan mereka di laman Instagram masing-masing.

Baru-baru ini Datin Shahida memuatnaik satu posting memaparkan dirinya sedang membebel dan memberi nasihat kepada anak-anaknya kerana berkelakuan nakal.

Namun tidak semena-mena anaknya yang pertama, Amar Ahyan membangkitkan soal petanda kiamat yang akan berlaku bila-bila masa dan kewujudan Yakjuj dan Makjuj yang mana jelasnya kehadiran makhluk ini amat ditakuti oleh orang Islam di hari pengadilan kelak.

error0
Tweet 20