(VIDEO) AMBULANS DIREMPUH, IBU SARAT MENGANDUNG KRITIKAL

SEORANG wanita berusia 40-an yang sedang sarat mengandung kritikal selepas ambulans yang dinaikinya untuk ke hospital dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Jalan Green, Kuching.

Kejadian dilaporkan pada 9.40 pagi tadi selepas wanita tersebut dibawa menaiki ambulans dari Sungai Maong, Batu Kawa setelah mengadu sakit mahu melahirkan anak dan mengalami darah tinggi.

Mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak kerana mengalami trauma di kepala akibat rempuhan berkenaan.

Laporan Berita Harian (BH) menyebut, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati pelanggaran dua jenis kenderaan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu tidak memberi laluan kepada ambulans mekipun siren kecemasan telah dipasang, gara-gara mahu mengejar lampu isyarat.

Sebaik rempuhan terjadi, pemandu kenderaan pacuan empat roda, seorang warga emas keluar dari keretanya dan meminta maaf.

Keadaan ambulans remuk di bahagian pemandu dan cermin pecah. Manakala dua jururawat yang berada di dalam ambulans cedera ringan dan mengalami trauma, selain pemandu ambulans luka tangan kanan terkena serpihan kaca.

error0