(VIDEO) 1,5000 ROBOT SEDIA BERKHIDMAT SEBAGAI GURU TADIKA DI CHINA

MASALAH kekurangan tenaga pengajar di China kini diselesaikan dengan penggunaan robot untuk mengambil alih tugas mengajar kanak-kanak di tadika.

Bingo, robot guru tadika pertama yang diperkenalkan di negara itu mampu mengajar pelbagai subjek terutama Bahasa Inggeris, Sains dan bersukan, iaitu bermain golf!

Sehingga kini, robot Bingo sudah dijual sebanyak 1,500 unit dan akan mengajar kanak-kanak tadika di beberapa bandar utama China seperti Beijing, Zhenzhou dan Wuhan.

Robot ini dicipta oleh Ming Haibo, seorang doktor falsafah dari Universiti Tsinghua Beijing yang percaya mesin ini mampu membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran.

error0