VASELINE HANYA UNTUK WANITA? ANDA SILAP! INI KEBAIKAN UNTUK GOLONGAN LELAKI

KEBIASAANNYA bab penjagaan wajah dan badan hanya bertumpu di kalangan wanita. Ada juga kalangan kaum lelaki yang rajin menjaga penampilan diri, tetapi mungkin bilangannya sedikit.

Vaseline, satu produk jeli petroleum digunakan oleh ramai wanita untuk pelbagai kegunaan, contohnya dalam melembutkan kulit bibir, menanggalkan kesan alat solek dan mengelakkan rambut tumbuh menjadi bercabang.

Namun tahukah anda Vaseline juga sesuai kepada golongan lelaki. Apatah lagi jika mereka tidak gemar mengguna atau mengaplikasikan pelbagai produk penjagaan diri sebagai rutin. Jom lihat apakah kebaikan jeli petroleum ini kepada golongan lelaki.

Melembutkan kulit selepas bercukur

Rutin bercukur adakalanya menyebabkan bahagian muka, di atas bibir dan di dagu menjadi kasar. Anda boleh sapukan jeli petroleum di bahagian yang dicukur. Confirm kulit akan menjadi lembut.

Membaiki kulit tapak kaki

Memakai kasut seharian semestinya memberi kesan kepada keadaan kulit kaki. Ia akan mudah menjadi kering dan merekah. Apakata sebelum tidur, anda sapukan Vaseline di tapak kaki dan pakai stoking – anda boleh rasa kesannya pada keesokan hari apabila kulit menjadi lebih lembut dan lembab.

Menjadikan bau minyak wangi tahan lama

Memakai minyak wangi antara salah satu sebabnya untuk mengelakkan bau badan. Untuk menjadikan bau minyak wangi anda tahan lama, sapukan dahulu Vaseline di kawasan ketiak, pergelangan tangan dan keliling leher sebelum anda menyembur minyak wangi.Hasilnya? Minyak wangi anda akan kekal lama.

Merawat bibir merekah

Ada orang yang tabiatnya suka menggigit bibir atau menarik lapisan kulit kering di bibir sehingga berdarah. Untuk merawatnya, anda boleh sapukan Vaseline secara merata di bibir. Lakukan sebagai rutin untuk menjadikan kulit bibir lembut dan cantik tanpa masalah.

Menghilangkan kedutan di wajah

Perlu anda tahu, memakai Vaseline pada wajah tidak akan membuatkan liang pori-pori tersumbat dan mendatangkan masalah pada kulit. Sebaliknya ia akan menjadikan kulit wajah semakin lembab, halus dan mengelakkan pertumbuhan jerawat. Vaseline juga mempunyai bahan yang mencegah kesan penuaan yang membantu mengelakkan kulit menjadi berkedut. Amalkan pemakaian Vaseline setiap malam sebelum tidur.