‘UPTOWN’ PUCHONG PERMAI TERBAKAR, 200 PENIAGA KERUGIAN RM1 JUTA

SATU kejadian kebakaran di bazar larut malam ‘uptown’ Puchong Permai dilaporkan pagi tadi, dengan memusnahkan 200 lot kedai dengan kerugian keseluruhan dianggarkan hampir RM1 juta.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.58 pagi dan mengerahkan seramai 40 pegawai serta anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Serdang, Kota Anggerik dan Petaling Jaya ke tempat kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira sejam kemudian dan siasatan awal mendapati api bermula dari bahagian tengah,” katanya.

Daripada 200 lot kedai yang terlibat dalam kebakaran, 80 daripadanya aktf menjalankan perniagaan.

‘Uptown’ Puchong Permai beroperasi sejak 2011 dan dibuka pada setiap hari pada jam 8.30 malam hingga 1 pagi.

error0