tun m lawat ainul

TUN M LAWAT AINUL DI LONDON, TERHARU DENGAN SEMANGAT RAKYAT MALAYSIA

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengambil kesempatan melawat Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor ketika lawatan kerja tiga hari di London.

Video lawatan itu dimuat naik ke media sosial milik Dr Mahathir.

Turut kelihatan dalam video, ibu bapa Ainul, Ahmad Saifuddin dan Nurul Erwani Zaidi serta pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Amalina Che Bakri.

Dr Mahathir berkata beliau terharu apabila dapat melihat Ainul Mardhiah.

“Bagaimanapun, saya gembira dengan sikap yang ditunjukkan rakyat Malaysia sehingga membolehkan Ainul Mardiah mendapatkan rawatan di sini,” katanya, memetik Bernama.

Ainul selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200g dari mulutnya pada minggu lalu dan kini tidak lagi memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Malah, menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, keadaan kesihatan bayi berusia sembilan bulan itu semakin baik.