KENAPA ANAK SAYA SUKA MENJERIT?

Anda mungkin pernah mengalami atau melihat situasi seperti ini;

Ketika sedang makan di sebuah restoran, si kecil mula menjerit-jerit sekuat hati tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya.

Menjadi ibu bapa ni, perlu banyak bersabar. Apatah lagi jika anak sendiri pun gemar menjerit apabila sesuatu kemahuannya tidak dipenuhi.

Naik geram dibuatnya!

Sebelum itu, ketahui mengapa anak anda suka sangat menjerit.

1.Mungkin dia baru explore kuasa suaranya yang boleh menjadi kecil, boleh menjadi besar. Jadi, dia begitu teruja untuk menjerit tanpa dia sedar pun perbuatan itu mungkin merimaskan orang di sekelilingnya.

2.Boleh jadi apabila dia menjerit, maka perhatian akan mula diberikan kepada dia.

Jadi, bagaimana nak tangani habit anak yang suka menjerit ni? Ok,

BawangPutih kongsikan beberapa cara yang boleh anda cuba dengan anak nanti.

1.Please jangan lawan dengan jerit sekali.
Hal ini tak akan meredakan keadaan pun. Bahkan si anak akan berasa ini suatu keadaan yang seronok dan dia pun akan jerit lagi.

2.Alih perhatian si anak
Lakukan perkara yang boleh membuat si anak gembira seperti melukis dan mewarna bersama anak, buat permainan mini dan sebagainya.

3.Beri perhatian
Nama pun budak kecil, mereka amat memerlukan perhatian ibu dan bapanya. Jika ibu dan bapa asyik sibuk bekerja atau bermain handphone, anak pun akan bosan sebab dia pun nak teman untuk bersembang dan bermain.

4.Perlahankan suara anda
Apabila anak menjerit, cuba bercakap dengan nada yang perlahan dan terkawal supaya ini akan meredakan jeritan mereka. Pujuk mereka dengan mengatakan anda masih boleh mendengar apa yang diperkatakan tanpa perlu bersuara tinggi.