Alamak, Kuah Ni Terlebih Pedas La Pula! Guna 4 Bahan Ini Untuk Kurangkannya

Tak semua cili yang dijual di pasar atau kedai runcit sama tahap kepedasannya.

Boleh jadi yang anda beli di kedai runcit minggu lalu sedang elok pedasnya. Namun mungkin lain jadinya jika anda membeli di pasar tani semalam. Memang tak boleh nak agak.

Sama ada cili kering, cili merah, cili padi atau apa sahaja jenis cili, pasti digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Ada orang suka makan pedas, tapi kalau terlampau sangat tahap kepedasannya, anak-anak kecil susah pula nak makan lauk tersebut.

Mak-mak jangan risau ya. Andai kata masakan anda terlebih pedas, ikuti sahaja petua kurangkan pedas seperti di bawah.

Kentang

Jangan ingat kentang hanya berguna untuk menyerap rasa masin pada makanan. Sebenarnya kentang juga amat dikenali sebagai salah satu bahan dalam petua kurangkan pedas masakan terutama untuk masakan yang berkuah seperti kari, gulai dan sup.

Sayuran Dan Buah

Anda boleh menggunakan sayur seperti terung dan buah seperti mangga dan nenas jika masakan anda terlalu pedas. Penggunaan sayur dan buah tersebut mampu mengimbangi rasa pedas sebelumnya.

Gula

Misal kata anda masak rendang dan sambal yang tidak terlalu berkuah, maka gula boleh membantu mengurangkan rasa pedas dalam masakan berkenaan.

Air

Petua kurangkan pedas seterusnya adalah dengan menambah air. Namun jika masakan berkuah, pasti ia akan menyebabkan masakan tersebut menjadi lebih cair.

Jadi anda boleh menambah santan atau susu untuk mengurangkan rasa pedas dan dalam masa sama mengekalkan kepekatan berkuah yang anda mahukan.

error0
Tweet 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *