baju lokap sprm

TIADA LAGI BAJU LOKAP OREN

AMALAN membawa suspek ke mahkamah dengan memakai baju lokap oren akan dihentikan, demikian menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.

Arahan itu sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence) dan Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Malah SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah dan dalam berbuat demikian, pihaknya pada setiap masa akan mendukung kedaulatan undang-undang.

“Gari tangan akan hanya digunakan di mana perlu, misalnya jika terdapat risiko (suspek) terlepas lari atau kelakuan agresif.

“Bagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

error0
Tweet 20