TERLALU PENAT, JURUTERBANG TERTIDO KETIKA KENDALI PESAWAT

SEORANG juruterbang China Airlines dikenakan tindakan disiplin oleh majikannya atas kesalahan melanggar garis panduan keselamatan penerbangan kerana tertidur ketika sedang menerbangkan pesawat pada ketinggian 35,000 kaki.

Juruterbang berkenaan, Weng Jiaqi mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam menerbangkan pesawat dan merupakan pegawai kanan di China Airlines.

Video berdurasi 30 saat itu dirakam oleh pembantu Weng dan mula tular selepas sekumpulan juruterbang syarikat penerbangan itu menamatkan mogok selama seminggu kerana isu keletihan dan waktu kerja yang panjang.

China Airlines dalam pada itu percaya video itu dirakam sebelum kejadian mogok dilakukan pekerja mereka.

Selain Weng, pembantunya juga dihukum kerana tidak mengejutkan Weng.

error0