TEKNOLOGI TELEFON LIPAT 5G HUAWEI

Huawei Technologies melancarkan telefon pintar lipat Huawei Mate X di Barcelona selepas lima hari Samsung melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy Fold.

Huawei Mate X akan mempunyai dua skrin back-to-back yang terbuka untuk menjadi paparan tablet lapan inci.

Ketua Kumpulan Pengguna Huawei, Richard Yu berkata teknologi telefon lipat keluaran Huawei ini akan mendahului telefon pintar 5G di masa akan datang.

“Telefon ini bukan sahaja untuk hari ini untuk 5G tetapi juga untuk 5G masa depan. Di semua tanda aras anda dapat melihat prestasi, kelajuan adalah yang terpantas untuk 5G di dunia,” kata Richard Yu.

Telefon pintar ini juga boleh memuat turun 1 GB filem dalam masa tiga saat.

Huawei yang merupakan penjual telefon pintar kedua terbesar di dunia selepas Samsung berkata ia telah memimpin untuk telefon 5G akan  menjanjikan kelajuan internet yang pantas untuk pengguna terutamanya dalam bidang perniagaan .

Telefon pintar ini akan menetapkan nilai had baru bagi jualan  apabila akan dijual pada harga 2,299 euro atau  RM10500 pada akhir tahun ini.

error0