SUSPEK BELASAH, SAMUN WANITA DI MRT DITAHAN

SEORANG lelaki berusia 26 tahun ditangkap, disyaki sebagai suspek dalam kejadian samun seorang wanita di dalam sebuah lif di Stesen Aliran Transit Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras pada Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memberitahu suspek ditahan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 8.10 malam tadi. Dia akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 14 Februari lalu, seorang wanita bersuai 48 tahun ditendang dan ditumbuk beberapa kali ketika lelaki berkenaan menyamun mangsa.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup, mangsa dilihat memasuki lif seorang diri pada jam 6.45 pagi dan diekori mangsa sebelum menyerang dan melarikan barangan mangsa.

Wanita tersebut dilaporkan mengalami kecederaan dan bengkak di beberapa bahagian badan.

error0