SULTAN PERAK INGATKAN RAKYAT JANGAN MANIPULASI UNDANG-UNDANG

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menzahirkan kebimbangannya terhadap golongan yang mahu memanipulasi undang-undang di negara ini, dengan menegaskan ia akan memberi kekebalan kepada pihak-pihak tertentu yang ada kuasa, sekaligus melindungi mereka.

Sekiranya terjadi, ia akan menyebakan proses undang-undang terhalang.

Apabila terdapat ruang yang terlalu luas, membolehkan undang-undang dimanipulasikan, dikhuatiri, prosiding dan proses undang-undang boleh terhalang, lantas mewujudkan keadaan yang akan memberi kekebalan kepada pihak-pihak yang memiliki kuasa dan memberi kelebihan, melindungi pihak-pihak yang memiliki kekayaan,” titah baginda du Majlis Konvokesyen ke-24 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP), Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini.