SUDAHLAH SAKIT, DITAHAN DI WAD, GURU INI MASIH SEMANGAT TANDA KERTAS PEPERIKSAAN

GURU adalah insan yang membakar dirinya demi orang lain. Pepatah demikian memang tepat untuk digambarkan kepada seorang guru lelaki yang sedang menanggung sakit tetapi masih komited menjalankan tugasnya sebagai pendidik.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang gadis, Khairunnisa Wae Arsi, 18, menerusi akaun mStar, Khairunnisa berkata ketika ditahan di wad, Cikgu Nizam masih sempat menanda kertas peperiksaan muridnya di atas katil.

Rakan Khairunnisa mengambil gambar Cikgu Nizam dan berkongsi di kumpulan Whatsapp mereka.

Khairunnisa dalam pada itu memaklumkan Cikgu Nizam dibenarkan keluar wad pada Khamis lalu.