SUAPAN RM5 JUTA, ROSMAH DIHADAP KE MAHKAMAH

ISTERI bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan baru meminta suapayan bernilai RM5 juta berkaitan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrd dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel untuk 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.

Terdahulu isteri Datuk Seri Najib Razak itu memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, selama dua jam.

Rosmah, pada November lalu  didakwa atas dua pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

Rosmah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan itu.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.