SUAMI SUKA BUAT ‘SPOIL’ GAMBAR, PENGGUNA TWITTER TERHIBUR DENGAN ‘THREAD’ ISTERI

TIDAK kisahlah apa sahaja majlis atau kejadian yang indah, setiap dari kita mahu ia dirakamkan dengan penuh makna dan diabadikan sebagai kenangan yang terindah. Apatah lagi jika ia melibatkan kenangan pernikahan, pasangan pengantin sehabis boleh akan mendapatkan khidmat jurugambar yang terbaik supaya gambar yang dihasilkan berkualiti dan kreatif.

Tetapi, adakalanya bukan silap jurugambar yang tidak menghasilkan gambar terbaik, sebaliknya si pengantin sendiri yang bikin onar!

Hal ini terjadi kepada pasangan suami isteri baru ini, apabila si pengantin lelaki pula yang tidak memandang kamera hampir kepada semua gambar yang diambil sepanjang majlis nikah dan sanding mereka.

Si isteri yang menggunakan nama @LeMoon_ice ‘meluahkan’ rasa geram di laman Twitternya dan ternyata perkongsian itu mendapat ‘retweet’ yang banyak kerana terhibur dengan aksi si suami.

error0