suami isteri bertengkar

SUAMI ISTERI SERING BERTENGKAR? CUBA 2 CARA INI UNTUK KEKAL BAHAGIA

PERGADUHAN di alam rumah tangga itu suatu perkara biasa, bak kata orang-orang tua, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.

Kalau bergaduh manja itu tidak mengapa, jangan pula bergaduh berpanjang sehingga perkara sebaliknya terjadi.

Tahukah anda 20% pasangan di negara ini bercerai kerana berpunca dari pergaduhan.

Anda boleh mengelakkan pertengkaran bersama dengan pasangan sekiranya mengikut panduan ini. (Sumber The Asian Parent).

suami isteri bertengkar

Pakar Psikologi, Dr Robert Levenson dan Profesor John Gottham menjalankan kajian ini selama 14 tahun dalam mencari kaedah untuk pasangan suami isteri mengendalikan konflik rumah tangga agar terus bahagia.

100 pasangan dipilih untuk diuji kaji namun 20 pasangan bercerai sebelum kajian tersebut berakhir, berpunca akibat pergaduhan.

Segera cari punca pergaduhan untuk selesaikan masalah
Sentiasa berfikiran positif bahawa pergaduhan ini bersifat sementara.

Jangan ambil masa sehingga berhari-hari untuk menangani konflik!

Baik suami atau isteri perlu ada rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak menyalahkan salah satu pihak.

Buka minda, sedia untuk berbincang untuk selesaikan masalah
Kedua-dua pengkaji berkenaan bersetuju bahawa ramai pasangan gemar mengambil jalan singkat untuk bercerai kerana sikap menyalahkan antara satu sama lain.

Apatah lagi dengan kata-kata yang menyakitkan hati pasangan sehingga masalah semakin berpanjang.

Apa kata, setiap kali wujudnya pergaduhan, lapangkan dada dan minda untuk berbincang sesama pasangan supaya kedua-dua pihak berasa bertanggungjawab dengan nilai perkahwinan tersebut.

Jika kesalahan itu berpunca dari anda, maka terimalah dengan ikhlas dan sentiasa perbaiki diri, begitu juga sebaliknya.

error0
Tweet 20