SPRM SAHKAN TIADA DANA RM90 JUTA DALAM AKAUN PAS

PAS tidak menerima sebarang dana dari 1Malaysia Development (1MDB) termasuk sejumlah wang RM90 juta, demikian ditegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan semula dilakukan selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan menarik balik tuntutan saman terhadap Editor Sarawak Report, Claire rewcastle Brown, dimana kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya tidak menemui sebarang dana yang dikaitkan dengan 1MDB dan PAS.

error0