SITI AAFIYAH WARISI SIMPLYSITI

PERNIAGAAN kosmetik, SimplySiti kepunyaan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan diturunkan kepada anaknya, Siti Aafiyah Khalid apabila dewasa kelak.

Jelas Siti, nalurinya kuat mengatakan anaknya itu mempunyai potensi besar untuk menceburi bidang perniagaan.

“Walaupun Aafiyah baru setahun, dia sudah pandai rasa teruja setiap kali melihat saya bersolek.

“Jika dia benar-benar berminat dengan perniagaan kosmetik, semestinya SimplySiti akan diwarisi Aafiyah kelak,” katanya pada majlis pelancaran Epie X Siti by SimplySiti semalam, sebagaimana memetik Berita Harian.

Bukan sahaja dirinya, Siti memberitahu suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga mahu melihat puterinya itu terjun ke bidang perniagaan.