(SIRI 5) FAKTA MENARIK DAN PELIK YANG ANDA PERLU TAHU!

TIADA apa yang mustahil di dunia ini. Sebagai manusia, tidak semua yang dirancang akan menjadi, begitu juga sebaliknya.

Malah begitu juga tentang kehidupan di dunia ini. Kami kongsikan kepada anda fakta menarik dan pelik yang mungkin tidak pernah terfikir oleh anda sebelum ini.

fakta menarik
  1. Bukan hujan emas, tapi di planet Zuhal dan Musytari, hujannya berupa berlian.
  2. Negara Rusia mempunyai permukaan yang lebih besar dari Pluto.
  3. Setiap wanita mempunyai rangsangan kesakitan dua kali ganda lebih banyak berbanding lelaki, namun mempunyai daya tahan yang lebih kuat berbanding lelaki.
  4. Ikan paus tidur dengan sebelah mata terbuka.
  5. Cacing akan memakan dirinya sendiri jika gagal berjumpa makanan.
  6. Amat mustahil untuk seseorang bersin dengan matanya terbuka!
  7. Komik Donald Duck tidak dibenarkan memasuki pasaran negara Finlad hanya kerana kartunnya tidak memakai seluar.
  8. Lanun percaya dengan memakai subang akan membantu penglihatan mereka.
  9. Seorang wanita di Sweden kehilangan cincin perkahwinannya dan hanya menjumpainya selepas 16 tahun – di ladang lobak miliknya!
  10. Seorang lelaki Britain mengubah namanya kepada Tim Pppppppppprice supaya tidak lagi dihubungi penjual yang gemar menghubunginya.
error0