fakta menarik

(SIRI 4) FAKTA MENARIK DAN PELIK YANG ANDA PERLU TAHU!

TIADA apa yang mustahil di dunia ini. Sebagai manusia, tidak semua yang dirancang akan menjadi, begitu juga sebaliknya.

Malah begitu juga tentang kehidupan di dunia ini. Kami kongsikan kepada anda fakta menarik dan pelik yang mungkin tidak pernah terfikir oleh anda sebelum ini.

fakta menarik
  1. Tarantula boleh hidup sehingga dua tahun walaupun tanpa makanan!
  2. Lipas boleh hidup sehingga berminggu-minggu walaupun ketiadaan kepalanya kerana otaknya berada di badan, bukan di kepala. Ia hanya boleh mati jika tidak mendapat makanan.
  3. Seorang wanita hamil yang mengalami kerosakan organ akan dibantu oleh bayi di dalam kandungannya, dengan menghantar stem cell bagi membaiki organ berkenaan.
  4. Seorang dari dua bilion manusia di bumi ini boleh hidup melebih 116 tahun.
  5. Tahukah anda, seorang manusia boleh hidup tanpa makanan selama setahun, namun akan mati dalam tempoh seminggu jika tiada air.
  6. Pada 20 tahun lepas, para saintis menemui lebih 1,000 planet di luar sistem solar.
  7. Hati-hati! Secara puratanya 12 bayi yang baru dilahirkan tersalah keluarga kandungnya kerana silap kakitangan hospital.
  8. Anda tidak mampu membunuh diri anda hanya kerana menahan nafas.
  9. Ada lebih 60,000 kilometer saluran darah di dalam badan setiap manusia.
  10. Ubat perancang kehamilan hanya berkesan kepada gorilla.