fakta menarik

(SIRI 3) FAKTA MENARIK DAN PELIK YANG ANDA PERLU TAHU!

TIADA apa yang mustahil di dunia ini. Sebagai manusia, tidak semua yang dirancang akan menjadi, begitu juga sebaliknya.

Malah begitu juga tentang kehidupan di dunia ini. Kami kongsikan kepada anda fakta menarik dan pelik yang mungkin tidak pernah terfikir oleh anda sebelum ini.

  1. Nama Bumi merupakan satu-satunya nama yang tidak dikaitkan dengan tuhan.
  2. Seperti cap jari, setiap manusia memiliki cap lidah yang berbeza-beza.
  3. Lidah juga merupakan otot yang paling kuat di badan manusia.
  4. Tahukah anda, pada setiap tahun dilaporkan seramai 2,500 manusia kidal mati kerana menggunakan produk khusus untuk manusia bertangan kanan.
  5. Ketika dilahirkan, anda sebenarnya mempunyai 300 tulang, namun apabila meningkat dewasa, anda hanya memiliki 206 tulang di dalam badan.
  6. Boleh dikatakan separuh habuk yang dijumpai di rumah datangnya daripada kulit mati.
  7. Air liur setiap manusia yang dihasilkan sepanjang hidupnya boleh memenuhi DUA kolam renang.
  8. Saiz mata setiap manusia sama seperti ketika lahir, hanya hidung dan telinga sahaja yang sentiasa membesar.
  9. Gajah merupakan satu-satunya mamalia yang tidak mampu melompat.
  10. Tulang manusia lebih kuat berbanding konkrit.
error0
Tweet 20