fakta menarik

(SIRI 2) FAKTA MENARIK DAN PELIK YANG ANDA PERLU TAHU!

TIADA apa yang mustahil di dunia ini. Sebagai manusia, tidak semua yang dirancang akan menjadi, begitu juga sebaliknya.

Malah begitu juga tentang kehidupan di dunia ini. Kami kongsikan kepada anda fakta menarik dan pelik yang mungkin tidak pernah terfikir oleh anda sebelum ini.

fakta menarik
  1. Sos tomato digunakan sebagai bahan perubatan pada tahun 1930.
  2. Dianggarkan 150 orang mati kerana kelapa pada setiap tahun.
  3. Buah avocado merupakan racun bagi burung.
  4. Air kelapa boleh digunakan sebagai plasma darah.
  5. Ramai orang sebenarnya alergik kepada susu lembu berbanding makanan-makanan yang lain.
  6. Cubaan untuk menahan bersin sebenarnya boleh membuatkan saluran darah di kepada dan leher pecah dan mengakibatkan maut!
  7. Gorilla akan sendawa jika mereka rasa gembira.
  8. Di Jepun, seorang pemain sumo akan dianggap ‘bernasib baik’ jika berjaya membuatkan seorang bayi menangis.
  9. Juga di Jepun, seseorang yang memiliki gigi yang bertaring dianggap menarik dan comel – sehingga ada yang sanggup melakukan pembedahan terhadap gigi mereka.
  10. Jenama Colgate jika diterjemah ke bahasa Spanish membawa maksud ‘gantung diri’.