(SIRI 1) FAKTA MENARIK DAN PELIK YANG ANDA PERLU TAHU!

TIADA apa yang mustahil di dunia ini. Sebagai manusia, tidak semua yang dirancang akan menjadi, begitu juga sebaliknya.

Malah begitu juga tentang kehidupan di dunia ini. Kami kongsikan kepada anda fakta menarik dan pelik yang mungkin tidak pernah terfikir oleh anda sebelum ini.

  1. Tahukah anda, secara puratanya seorang manusia boleh makan 70 serangga pelbagai jenis dan 10 ekor labah-labah ketika tidur!
  2. Secara puratanya, seorang manusia menghabiskan tempoh enam bulan sepanjang hayatnya sementara menunggu lampu isyarat merah bertukar kepada hijau.
  3. Pada tahun 1386, seekor babi di Perancis dikenakan hukuman gantung di tempat awam kerana membunuh seorang kanak-kanak.
  4. Jika anda sering merasa anda ‘seorang dalam sejuta’, sebenarnya ada 7.184 orang lagi yang berfikiran seperti anda.
  5. Jumlah kalori lebih banyak dibakar ketika tidur. Bukan ketika anda menonton televisyen.
  6. Jumlah ‘hidupan’ yang berada di atas kulit anda jauh lebih banyak berbanding jumlah manusia di planet ini.
  7. Lelaki mudah diserang petir enam kali ganda berbanding wanita.
  8. Anda tidak boleh bermimpi dan berdengkur dalam satu masa.
  9. Coca-cola sebenarnya bewarna hijau. Warna hitam yang anda lihat pada ketika ini disebabkan campuran warna.
  10. Mengunyah gula-gula getah ketika memotong bawang mampu mengelakkan anda dari menangis!
error0
Tweet 20