SEXTING? JANGAN JADI MANGSA!

Pergaulan sosial kini bukan lagi terhad dengan interaksi secara fizikal namun boleh terjadi dengan pergaulan secara dalam talian. Jika tiada batas dihadkan dalam pergaulan, aktiviti sekadar “texting” boleh bertukar menjadi “sexting”.

Apakah Sexting? Sexting adalah tindakan menghantar foto, mesej atau video lucah menggunakan telefon bimbit. Ia termasuklah penghantaran foto provokatif atau seksual di internet. 

Berdasarkan undang-undang, mengambil, menerima dan menghantar foto lucah diri sendiri atau orang lain adalah satu jenayah, terutamanya sekiranya foto tersebut adalah foto individu di bawah umur 18 tahun. Kesalahan ini dikelaskan sebagai pornografi kanak-kanak.

Terdapat remaja yang melakukan sexting secara sukarela, dan terdapat juga yang melakukannya atas desakan teman lelaki atau teman wanita atau rakan-rakan. 

Kadang-kala, foto diambil tanpa pengetahuan seseorang dan disebarkan kepada orang lain. Ini juga dianggap sexting. Sesetengah orang menganggap sexting sebagai satu gurauan. 

Namun, ia boleh menyebabkan gejala sosial dan menyalahi undang-undang.

Antara senario yang biasa berlaku adalah perlakuan antara dua individu contohnya pasangan kekasih yang sering menghantar foto privasi kepada kekasihnya dan kemudian disebarkan atau tersebar.

Impak Sexting adalah sangat besar kepada sosial dan boleh menyebabkan gangguan seksual, buli siber serta ancaman.

Sexting bukan sahaja memalukan diri pada masa sekarang tetapi juga pada masa depan. Kawan, keluarga, guru dan majikan boleh mengakses foto tersebut dan ini merosakkan reputasi individu. 

Jadi AWAS!

Fakta dalam artikel ini dipetik daripada Portal Kementerian Kesihatan Malaysia.

error0