SERANGAN UDARA SYRIA – GAMBAR INI MAMPU BUAT ANDA MENANGIS

SEDANG tular di laman sosial ketika ini adalah gambar yang memaparkan seorang bapa mencium kaki mayat anaknya yang menjadi korban akibat serangan udara di Syria.

Mayat anaknya itu sedang diusung oleh seorang petugas keselamatan sambil lelaki itu berjalan mengikuti pasukan keselamatan yang lain.

Serangan udara terbaru di negara itu mengorbankan lima orang awam termasuk tiga kanak-kanak.

Dipercayai 13 serangan udara dilancarkan selama tiga hari berturut-turut, menjadikan ia serangan terbanyak berbanding bulan-bulan sebelum ini.

Selain gambar bapa dan mayat anaknya, satu lagi gambar yang menarik perhatian warga net membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di atas mayat kakaknya yang tertimbus di sebalik bangunan yang runtuh.

Gambar dari Getty Images.

error0