SENANGNYA BUAT POPIA SAYUR!

DALAM bulan Ramadhan ni, waktu sahur pun mesti dah terfikir menu apa yang menarik untuk disajikan ketika berbuka puasa.

Kalau mak-mak tu, mestilah nak yang berkhasiat dan sedap untuk anak-anak kan?

Jadi, jom cuba resipi popia sayur yang diambil dari laman Instagram Fatin Mohamad Yunus (@fatinyunus).

Bahan-bahannya;

  • 1 lobak merah
  • 1/2 sengkuang
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • Daun kucai
  • 3 keping tauhu (dipotong kecil) – goreng terlebih dahulu
  • 3 biji telur
  • Udang (mengikut sukatan sendiri)
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 biji lada merah

Cara-cara;

  1. Tumiskan bawang putih yang telah dicincang
  2. Kemudian masukkan lada yang telah dipotong kecil
  3. Masukkan udang
  4. Tambahkan sedikit garam dan perisa (jika perlu)
  5. Masukkan telur satu per satu
  6. Apabila telur telah masak, masukkan tauhu yang telah digoreng dan dipotong kecil satu per satu
  7. Masukkan lobak merah dan sengkuang yang telah disagat halus
  8. Masak sehingga layu
  9. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai dan tutup api

Tunggu sehingga inti sejuk dan kemudian bolehlah digulung bersama kulit popia kemudian gorengkan bersama minyak panas.

Kredit foto; Fatin Yunus (IG: @fatinyunus)

Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

error0
Tweet 20