SELUDUP ROKOK, RAKYAT MALAYSIA DIPENJARA LIMA TAHUN DI AUSTRALIA

MELBOURNE Country Court pada 20 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan tanpa parol selama tiga tahun terhadap seorang rakyat Malaysia yang didapati bersalah menyeludup lebih enam juta batang rokok ke negara itu.

Selain itu, individu berkenaan akan diusir dari Australia apabila dibebaskan kelak.

Kejadian pada 10 Ogos 2017 mendapati tiga rakyat Malaysia dikesan sedang membuka bungkusa rokok berkenaan di sebuah kawasan kilang yang disembunyikan di bawah barang lain kerana mahu mengelak duti import lebih dari RM11.6 juta.

Kesemua mereka didakwa di bawah Customs Act 1901 atas niat mengelak pembayaran duti import dan dikenakan hukuman penjara antara 16 hingga 24 bulan.

13 Ogos 2017 dua daripada mereka ditahan atas cubaan meninggalkan negara berkenaan.

Individu kedua mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan dan akan dijatuhkan hukuman pada bulan hadapan.

error0