SELEPAS SEDEKAD, APPLE ALAMI KEJATUHAN PENDAPATAN BUAT PERTAMA KALI

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengumumkan syarikat itu mengalami kejatuhan pendapatan buat pertama kali selepas sedekad berada di pasaran, berpunca dari penurunan jualan di China.

China kini terkenal sebagai pasaran telefon terbesar di dunia.

Sehingga Disember, Apple mencatat penurunan sehingga 4.5 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya. Di China sahaja, syarikat itu mengalami penurunan sebanyak 26 peratus berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Turut menyumbang kepada masalah itu adalah jualan peranti iPhone yang perlahan.

Cook sebelum ini pernah memberi bayangan Apple menjangkakan penurunan keuntungan pada 2019 dengan perolehan sekitar RM225 bilion untuk suku pertama tahunan, lebih rendah berbanding anggaran RM241.47 bilion.

Kredit: www.dailymail.co.uk

error0
Tweet 20