SELANGOR CATAT 154 KES TOLAK VAKSIN SEPANJANG 2018

SEBANYAK 154 kes penolakan vaksin imunisasi direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sepanjang tahun lalu

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Khalid Ibrahim, angka berkenaan diperolehi daripada hospital dan klinik kesihatan di seluruh negeri ini.

“Daerah tertinggi bagi penolakan vaksin ialah Kuala Langat iaitu sebanyak 49 kes diikuti 34 kes di Hulu Langat, manakala 19 kes dikesan di Hulu Selangor.

“Bagi daerah Petaling dan Gombak pula, masing-masing sebanyak 14, diikuti dengan Klang dan Kuala Selangor masing-masing sembilan, empat kes di Sepang dan Sabak Bernam sebanyak dua kes.

“Jumlah 154 itu meningkat berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak 140 kes, manakala bagi tempoh 2013 sehingga 2016 Selangor berada di kedudukan ke lima seluruh negara untuk penolakan vaksin iaitu sebanyak 461 kes, ” demikian memetik laporan Berita Harian.

Peningkatan kes itu berpunca dari kegagalan menepati jadual imunisasi dan tidak mendapatkan perkhidmatan imunisasi di fasiliti kesihatan.

Ujar Khalid, pihaknya kini terus melaksanakan sesi pendidikan kesihatan dan kaunseling kepada ibu bapa yang menolak suntikan vaksin, memperkukuhkan pelaksanaan ‘Personalised Care’ untuk mengesan kes keciciran imunisasi, selain akan mengenalpasti kawasan berisiko bagi mengesan kes cicir imunisasi dengan pemberian imunisasi tambahan (SIA).

error0