SEJAK 2018, SERAMAI 189 WANITA HAMIL MELALUI IVF DI HOSPITAL KERAJAAN

KEMAJUAN teknologi menerusi rawatan in-vitro fertilisation (IVF) di hospital kerajaan memberi peluang kepada 189 wanita untuk hamil.

Jumlah itu merupakan jumlah keseluruhan daripada 976 wanita di seluruh negara yang mencuba kaedah berkenaan sejak tahun lalu.

Menurut pecahan,  339 orang mendapat rawatan daripada Hospital Kuala Lumpur, 262 daripada Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, 224 daripada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas, dan 151 daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

“Kos rawatan untuk satu kitaran rawatan IVF yang ditawarkan pihak kerajaan adalah di antara RM4,500 dan RM5,000, tidak termasuk ubat-ubatan,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.