‘SAYA MENGANDUNG’ JERITAN TERAKHIR WANITA SEBELUM DITEMBAK POLIS

POLIS Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat kejadian tembakan sehingga menyebabkan maut membabitkan seorang wanita dan seorang anggota polisnya.

Kejadian berlaku di Baytown, Texas, Isnin lalu dan tular di media sosial serta menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

Laporan KHOU-TV menjelaskan wanita itu maut selepas ditembak oleh anggota polis berkenaan.

Seorang penduduk di kawasan berkenaan memberitahu sering melihat wanita itu dengan membawa anjingnya bersiar-siar.

Raquelle Cuellar juga menyifatkan kejadian itu sebagai tragik dan menyedihkan.

Dikatakan wanita itu, sebelum kejadian tembakan berlaku, mendakwa anggota polis itu ‘mengganggu’ dirinya, ketika dirinya sedang dalam perjalanan ke rumahnya.

Berlaku pergelutan di antara kedua-dua mereka ketika anggota polis itu hendak menggari tangan wanita tersebut, lantas kedengaran mangsa menyebut dirinya hamil sebelum bunyi tembakan sebanyak lima kali.

Sumber Mirror.co.uk