SAMPAH SEBAGAI ASET JANA PENDAPATAN NEGERI, NEGARA

KERAJAAN menetapkan tempoh dua tahun bagi semua negeri beralih daripada tapak pelupusan sampah dan tapak pelupusan sanitari kepada loji ‘Waste To Energy’ (WTE).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata arahan tersebut telah dikeluarkan supaya aktiviti pelupusan sampah boleh memberi pendapatan negara di masa akan datang.

Beliau berkata, sistem WTE lebih bersih, produktif dan menjimatkan berbanding sistem sedia ada yang menelan belanja sangat tinggi untuk diuruskan selain faktor tanah yang sepatutnya digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat.

“KPKT memandang sampah sebagai ‘aset’ kepada kementerian dalam menjana pendapatan kepada kerajaan dan negara.

“Oleh itu KPKT sudah memberi arahan kepada negeri supaya dalam masa dua tahun, negeri akan beralih kepada sistem WTE secara berperingkat.

“Ketika ini KPKT sedang meneliti dan menyemak tapak pelupusan sedia ada sama ada bersesuaian untuk diubah kepada WTE.

“Semakan sedang dilakukan dan Insya-Allah akan kita berikan panduan kepada setiap negeri termasuk berapa loji WTE yang patut dibina untuk mengendalikan sampah dan sisa pepejal di negeri berkenaan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, sebagaimana yang dilaporkan Berita Harian.

error0