MAIN KUTU

SALAH KE MAIN KUTU?

Main kutu adalah salah satu teknik menyimpan duit yang tradisional. 

Main kutu melibatkan sekumpulan kecil orang yang berpakat untuk menyumbangkan satu jumlah duit yang dipersetujui setiap bulan kepada ketua yang digelar ibu atau mak kutu.

Duit yang dikumpul kemudiannya dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan mengikut giliran.

Teknik ini sangat popular terutama di tempat-tempat kerja, malah sekarang ada yang menjalankannya secara online melibatkan orang dari serata tempat.

Persoalannya, bolehkah bermain kutu?

Bagaimana dengan ketetapan undang-undang Malaysia? 

Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971

Di Malaysia telah diwartaman Akta 28 Undang-undang Malaysia, iaitu Akta (Larangan ) Kumpulan Wang Kutu 1971, dinyatakan dengan jelas bahawa tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Maksudnya, main kutu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Malaysia, kerana aktiviti main kutu melibatkan pengumpulan deposit (duit) daripada orang awam.

Bagi mengumpul deposit daripada orang awam, hendaklah mempunyai lesen daripada Bank Negara Malaysia dan juga agensi-agensi yang lain.

Malah main kutu mempunyai cenderung kepada penipuan; bayangkan jika individu atau syarikat yang mengumpul duit tersebut lari atau menghilangkan diri. Pasti memberi masalah kepada ahli-ahli yang menyumbang duit.

Namun pasti main kutu ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah pihak. Bukan sahaja bentuk wang malah melalui pelbagai bentuk contohnya kutu untuk dapatkan barangan mengikut giliran, dengan pembayaran secara ansuran. 

Fikir dengan bijak sebelum menyertai kerana perlaksanaan undang-undang pasti ada sebabnya dan telah di kaji dengan teliti. 

error0
Tweet 20