SALAH ANTARA 100 INDIVIDU BERPENGARUH DI DUNIA

MOHAMAD Salah, 26, penyerang Liverpool yang berasal dari Mesir disenarai sebagai antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia 2019 oleh Majalah Time.

Salah, seorang Muslim yang menghiasi kulit depan majalah berkenaan bersama lima yang lain memberikan pandangannya berkenaan isu wanita.

“Kita perlu mengubah cara kita melayan wanita dalam budaya kita. Itu saja caranya, ia bukan satu pilihan.

“Saya menyokong wanita lebih daripada sebelum ini, kerana saya rasa mereka layak menerima lebih daripada apa yang diberikan kepada mereka ketika ini,” katanya.

Turut disenarai bersama Salah adalah penyanyi Ariana Grande dan Lady Gaga, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri Pakistan dan bekas pemain kriket dunia Imran Khan, pengasas Facebook Mark Zuckerberg dan bekas wanita pertama AS, Michelle Obama.

error0