SAHKAH NIAT PUASA SEBULAN SEORANG WANITA SELEPAS DATANG HAID?

WANITA tidak boleh berpuasa ketika datang haid, sama ada puasa fardhu atau sunat. Ibadat puasanya tetap tidak sah jika seseorang itu meneruskan puasanya.

Namun begitu, tempoh puasa yang ditinggalkan itu perlu diqadha berdasarkan kenyataan ‘A’isyah radhiallahu ‘anha:

“Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.” [Shahih Muslim­ – no: 335 (Kitab al-Haid)].

Rata-rata umat Islam digalakkan berniat puasa Ramadhan untuk tempoh sebulan, khuatir jika lupa untuk membaca niat pada hari-hari seterusnya.

Namun bagaimana pula dengan wanita sekiranya telah berniat puasa selama sebulan dan kemudiannya didatangi haid?

Sahkan puasanya? Bolehkan dirinya meneruskan puasa selepas mandi wajib tanpa niat yang baru?

Perkara ini dijawab oleh Da’i Wan, seorang pendakwah bebas menerusi satu perkongsian di Twitternya selepas diajukan soalan oleh salah seorang pengikutnya.

Menurut Da’i Wan, mana-mana wanita yang telah berniat puasa Ramadhan selama sebulan kemudian didatangi haid dalam tempoh tertentu, maka dirinya perlu berniat semula yang baru setiap hari.

error0