SAH TAK BELI CINCIN BERLIAN RM24 JUTA, ROSMAH MANSOR MAAFKAN PEMFITNAHNYA

ISTERI bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini sering difitnah membabitkan pembelian cincin berlian merah jambu yang berharga RM24 juta.

Bagaimanapun pada semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengesahkan cincin yang didakwa itu tidak dibeli oleh Rosmah.

Isteri Datuk Seri Najib Razak itu ketika mengulas pengesahan kerajaan berkata telah memaafkan mana-mana pihak yang telah menggunakan isu itu sebagai modal politik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya.

Dia juga redha apabila fitnah itu dipercayai oleh ramai rakyat di negara ini.

Saya maafkan.. tapi apa yang penting minta maaf pada rakyat. Mereka sengaja menggunakan isu tersebut sebagai bahan pilihan raya, malangnya ramai yang percaya pada fitnah. Alhamdulilah perkara sebenar telah keluar,” kata Rosmah.

Rosmah berkata, perkara itu terpaksa dihadapinya memandangkan suaminya seorang pemimpin negara dan tidak terlepas daripada terkena tempias serangan politik.

“Saya sabar dan reda dengan apa yang telah berlaku apatah lagi suami saya (Datuk Seri Najib Tun Razak) merupakan pemimpin negara. Apa yang dia alami saya pun terpaksa merasai. Saya sabar demi kesejahteraan rakyat dan reda menghadapi segala dugaan yang Allah beri pada saya,” kata Rosmah.

Najib ketika mengulas isu itu juga memberitahu pihaknya mempunyai resit masuk dan keluar dari Jabatan Kastam Malaysia bagi membuktikan isterinya tidak membuat pembelian cincin yang didakwa itu. Tegasnya Rosmah hanya melihat cincin berkenaan dan bertindak menghantar semula kepada ejen penjualnya.

error0