tips berniaga

SAFFIEY ILLIAS KONGSI TIPS MULA BIDANG PERNIAGAAN

Usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias telah berkongsikan tips dan langkah terbaik untuk mulakan perniagaan si laman instagramnya. 

Safiey luahkan masalah yang sering berlaku kepada usahawan yang baru berjinak-jinak menyeburi bidang perniagaan. 

Antara masalah yang sering dihadapi adalah jualan tinggi namun tidak ada untung dan tidak boleh pusing modal. 

Jelasnya, pengurusan kewangan adalah sangat penting dan wang syarikt tidak boleh di ‘rompak’. 

Terdapat 8 langkah yang telah dikongsikan untuk menjadi usahawan berjaya. 

  1. Daftar syarikat melaluii SSM
  2. Buka akaun syarikat
  3. Masukkan semua hasil jualan ke akaun syarikat 
  4. Ambil gaji sedikit sahaja untuk permulaan
  5. Jangan ambil duit syarikat untuk kegunaan peribadi
  6. Bila barang habis, beli barang menggunakan duit syarikat
  7. Asingkan duit syarikat dan duit sendiri
  8. Tulis butiran keluar masuk perniagaan dalam buku kecil. 

Tips ini sangat baik untuk dijadikan rujukan untuk mereka yang telah bekecimpung dalam bidang perniagaan mahupun baru ingin mencari peluang dalam bidang perniagaan. 

Semoga bermanfaat! 

error0
Tweet 20