RUMAH ‘SIMPAN’ 250 BOTOL AIR KENCING, 400 BEG PLASTIK NAJIS

BAGAIMANA keadaan dan bau sebuah rumah yang dikelilingi dengan air kencing dan najis? Lebih teruk lagi, jika sisa buangan itu yang sudah sekian lama, boleh pening dan muntah dibuatnya.

Demikian pengalaman teruk buat pasangan suami isteri yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan rumah apabila rutin mereka pada suatu hari tersebut dikejutkan dengan penemuan 250 botol air kencing dan 400 beg plastic berisi najis!

Ujar Leanne dan Kenny Elliot, mereka menghabiskan masa selama lima jam untuk membersihkan kawasan sekitar dan dalaman rumah yang dipenuhi dengan sisa najis.

Memetik laporan metro.co.uk itu juga, bukan sahaja air kencing dan najis, pasangan suami isteri itu turut menjumpai ratusan jarum dan punting rokok yang ditinggalkan penghuni rumah berkenaan.

Sebanyak empat tan sampah dikutip dan dikumpulkan daripada kerja-kerja pembersihan berkenaan.

error0