RM90 JUTA DIDAKWA MASUK POKET PAS, NASHARUDDIN TAMPIL SERAH DOKUMEN KE SPRM

BEKAS Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa hari ini tampil menyerahkan beberapa dokumen dan penyata kewangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkenaan dakwaan wujud beberapa pemimpin parti itu menerima dana berjumlah RM90 juta daripada syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut diserahkana dalah maklumat kewangan peribadi dan beberapa penyata bank lain termasuk akaun kewangan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dimana dirinya adalah Pengerusi Eksekutif.

Ditemui selepas lebih empat jam memberi kenyataan kepada SPRM, Nasharudin berterima kasih kepada suruhanjaya berkenaan kerana memberi peluang menjelaskan dan menyerahkan bukti yang diperlukan.

“Saya harap SPRM diberikan ruang seluasnya untuk membuat siasatan dan kepada mana-mana pihak, contohnya yang mendakwa ada bukti dan sebagainya diharap dapat membawa bukti tersebut ke depan untuk membantu SPRM.

“Saya juga berterima kasih kepada SPRM kerana cepat bertindak susulan laporan polis yang dibuat baru-baru ini berhubung kontroversi dana RM90 juta itu,” katanya.

Diajukan kebenaran pemberian dana itu, Nasharudin sebaliknya merahkan kepada kebijaksanaan SPRM untuk menyiasat perkara berkenaan.

Keterangan Nasharudin kembali bersambung pada jam 3.30 petang ini selepas solat Jumaat. Turut dipanggil adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang kini sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

error0