RM15 JUTA KEPADA HAFARIZAM BUKAN DARI KERAJAAN

DATUK Seri Najib Razak menfikan dakwaan berkenaan penggubahan wang haram yang bernilai RM15 juta yang diberi kepada peguam yang juga Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun, sebaliknya menegaskan ia adalah bayaran ‘kerja beberapa tahun’ kepada sebuah syarikat yang diwujudkan oleh bekas penasihat medianya, Paul Stadlen.

Ahli Parlimen Pekan itu juga menafikan bayaran itu diambil dari dana kerajaan.

“Syarikat Paul mahukan jaminan dana maka dana untuk tempoh perjanjian tertentu didepositkan melalui Mohd Hafarizam ke dalam akaun amanah firma guamannya. Kemudian, digunakan Mohd Hafarizam membayar kepada syarikat Paul.

“Atas sebab itu, Mohd Hafarizam dan Paul didakwa dengan jumlah sama sebanyak RM15 juta kerana ia adalah dana yang sama. Selain itu, saya juga tidak membayar Mohd Hafarizam RM15 juta tetapi, menyimpannya dalam akaun amanah firma guamannya,” ujarnya.

Najib berkata akan membuktikan sumber wang RM15 juta itu adalah sah, sementara Hafarizam mengaku tidak bersalah dalam dakwaan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram.

error0