REVOLUSI TELEFON PINTAR LIPAT – SAMSUNG GALAXY FOLD

Telefon pintar ialah salah satu alat perhubungan atau komunikasi dan telah menjadi gaya hidup masyarakat masa kini. 

Syarikat pengeluar telefon pintar kini pula berlumba-lumba memberikan keluaran yang terbaik untuk memastikan setiap keluaran mereka menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh pengguna. 

CREDIT PHOTO: AP

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan telefon pintar baharu Samsung Galaxy Fold di San Fransisco. 

Galaxy Fold adalah telefon pintar yang boleh dilipat dua yang mempunyai ciri-ciri asal telefon pintar. 

Revolusi rekaan telefon pintar baharu ini adalah bersaiz poket dengan skrin 4.6 inci dan akan dijual dengan harga USD 2000 atau hampir mencecah RM8000. 

CREDIT : PHOTO AP

Menariknya, apabila telefon pintar ini terbentang sepenuhnya, telefon pintar ini dapat menjalankan tiga aplikasi berbeza pada skrin pada masa yang sama.

Galaxy Fold juga akan mempunyai enam kamera: tiga di belakang, dua di bahagian dalam dan satu di bahagian depan.

CREDIT PHOTO: AP

Setelah menghabiskan hampir lima tahun mengembangkan teknologi telefon pintar, Samsung dengan jelas mengharapkan keuntungan dan kejayaan besar melalui jualan telefon pintar inovasi baharu ini.

error0